Follow us on:

Hilangnya roh Ramadhan


Ramadan merupakan bulan yang mulia seharusnya ia mendidik kita khususnya umat islam untuk lebih positif dan bertanggung jawab bukan sahaja kepada diri sendiri malah agama dan masyarakat. Namun malang sekali apabila bulan yang mulia ini  dicemari oleh imej umat islam sendiri dengan berniaga sesuka hati seawal jam 10pg. Fenomena ini amat menyedihkan dan jelas sekali boleh menjatuhkan kredibiliti agama islam dan imej negara islam yang dicanang oleh kerajaan selama ini.
Sedih melihat keadaan yang berlaku ini, entah dimana silapnya..  apa yang lebih menyedihkan lagi ialah tiadanya tindakan tegas yang konsisten yang dimain oleh mereka yang bertanggung jawab dalam malaksanakan undang-undang seperti  jabatan agama islam negeri atau daerah, penguasa tempatan, majlis perbandaran @ majlis daerah dan  jabatan-jabatan  yang berkenaan  untuk  melaksanakan siasatan ,pemantauan  dan seterusnya mengenakan tindakan tegas kepada pengusaha-pengusaha makanan ini. Kita dapat melihat pelanggan yang membeli makanan ini puratanya adalah umat islam.
Dimanakah penguatkuasaan waktu berniaga makanan yang dikeluarkan oleh pihak yang berkenaan. Kini suasana ramadan tak ubah seperti suasana harian dibulan-bulan biasa. Peniaga-peniaga makanan tanpa segan silu dan bebas menjual makanan mereka tanpa rasa berdosa dan bersalah. Keadaan  jelas mencerminkan rendahnya  akhlak umat islam di Malaysia. Saya begitu pelik dengan  jabatan-jabatan yang melaksanakan tangung jawab dalam hal ini seakan-akan buta mata dan hati kerana ada diantara peniaga berniaga ditengah-tengah bandar.
By: area-muslim.co.cc